Universiti Sains Malaysia

Universiti Sains Malaysia

.

SITI NOR AIN BINTI AB KARIM : ABDUL BAASIT B. MOHD NAWAWI: NORZHAAHIRAH BINTI ABDULLAH : SITI FATIMAH BTE ALI : RASUL BIN ISMAIL : NURUL AKMAL BINTI ZAKARIA : NOR FAZWEEN BINTIAHMAD RUSLY : MUHAMMAD THOMAS ANGOM BIN ABDULLAH : MOHD SHAIFUL BIN JAMIL: HASBULLAH BIN MUHAMMAD : ANIS RAIHANA BINTI AZMIR ROSS : WORK TOGETHER

.

IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Selasa, 21 Januari 2014

Tahukah anda apakah itu Sistem Bretton Woods ???...

Tahukah anda apakah itu Sistem Bretton Woods ???...
Ø  Sistem ini merupakan sistem urus tadbir matawang antarabangsa yang menetapkan peraturan-peraturan hal ehwal kewangan dan komersil di antara negara-negara industri utama dunia pada pertengahan abad ke-20.

Ø  Setiap negara hendaklah mewujudkan dasar kewangan yang mengekalkan kadar pertukaran mata wang dalam nilai yang tetap dengan kelonggaran unjuran tidak melebihi 1 peratus negatif (-1%) atau positif (+1%)- yang disamakan dengan nilai emas .

Ø  Sistem ini telah runtuh pada tahun 1971, selepas Amerika Syarikat secara bersendirian menamatkan kebolehtukaran dolar kepada emas. Tindakan Amerika ini mewujudkan keadaan di mana dolar Amerika Syarikat menjadi satu-satunya mata wang jaminan dan mata wang sandaran untuk negara-negara ahli.

Ø  Sistem Bretton Woods wujud berdasarkan kepada beberapa faktor politik utama: pengalaman bersama yang dikongsi negara-negara dunia dalam kemelesetan besar, penumpuan kuasa sebilangan kecil negara (yang diperkuatkan dengan pengecualian sejumlah negara penting kerana perang), dan kewujudan kuasa dominan yang bersedia dan mampu membawa peranan sebagai pemimpin dalam urusan kewangan global.

Ø  Dalam persediaan membina semula sistem ekonomi antarabangsa ketika Perang Dunia II masih berlangsung dan memusnahkan peradaban dunia, 730 delegasi dari semua 44 negara sekutu berkumpul di Hotel Mount Washington di Bretton Woods,Amerika Syarikat, bagi menghadiri Persidangan Monetari dan Kewangan Pertubuhan Bangsa – bangsa Bersatu. Perjanjian Bretton Woods telah ditandatnagi semasa tiga minggu pertama bulan Julai 1944.

Ø  Di bawah sistem ini, setiap negara perlu mewujudkan satu dasar kewangan yang mengekalkan kadar pertukaran matawang kertasnya yang bersamaan dengan dolar Amerika Syarikat. Dolar Amerika Syarikat pula nilainya ialah pada kadar 35 dolar bersamaan satu auns emas.

Ø  Rekabentuk sistem Bretton Woods memaksa negara-negara di dunia hanya boleh melaksanakan penukaran emas kepada "matawang utama" iaitu dolar AS. Negara-negara dunia boleh untuk tidak menukar dolar kepada emas, dan sebaliknya hanya menyimpan dolar.

Ø  Dolar AS mengambilalih peranan yang dimainkan emas di bawah standard emas dalam sistem kewangan antarabangsa. Dengan terciptanya Bretton Woods, dengan Amerika Syarikat menghasilkan separuh dari barangan perusahaan dan separuh dari simpanan emas dan matawang, AS memainkan peranan sebagai pemacu utama ekonomi dunia.

Ø  Kini, dolar Amerika Syarikat menjadi satu-satunya matawang sandaran dan juga matawang rizab kepada negara-negara yang terlibat dalam perjanjian tersebut.

Disediakan Oleh: Siti Fatimah

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan