Presiden Hu Seru Jayakan Pembaharuan
Kewangan Antarabangsa
2012-06-20 14:04:58
|
Agensi
Berita Xinhua China
|
Sistem kewangan antarabangsa yang saksama, inklusif dan teratur memberi
manfaat kepada pertumbuhan ekonomi dunia yang sihat dan mapan dalam jangka masa
panjang.
Presiden China, Hu Jintao dalam ucapannya pada Sidang Kemuncak Kumpulan
20 (G20) ke-7 di Los Cabos, Mexico semalam, menggesa semua negara terlibat
bersama-sama menjayakan pembaharuan sistem tersebut agar sistem itu menyediakan
perkhidmatan yang lebih cekap untuk memacu pertumbuhan ekonomi sebenar.
Katanya, usaha juga perlu dilakukan untuk memperbaiki sistem mata wang
antarabangsa, dan membina satu sistem mata wang rizab antarabangsa yang stabil,
teratur dan bekalannya dapat diselaraskan. Selain itu, penyelesaian masalah
ketidakseimbangan pembangunan di Selatan dan Utara perlu menjadi fokus utama
bagi jangka masa yang panjang.
Tegasnya lagi, pertumbuhan ekonomi dunia yang kukuh dan berterusan tidak
boleh dipisahkan daripada pembangunan negara-negara membangun. G20 patut
sentiasa memberikan tumpuan kepada isu pembangunan, dan menggalakkan masyarakat
antarabangsa mempertingkatkan sokongan dan bantuan terhadap negara-negara
tersebut.
Deklarasi Pemimpin Sidang Kemuncak G20 di Los Cabos turut diumumkan
selepas sidang tersebut.
Sistem kewangan Islam perlu dibangun secara lebih komprehensif - Raja
Nazrin
Raja Dr. Nazrin Shah (kanan) berkenan merasmikan buku An
Introduction to Islamic and Conventional Corporate Finance di Kuala
Lumpur, semalam. Turut kelihatan, Dr. Nik Norzrul Thani. - BERNAMa
KUALA LUMPUR 15 Jan. - Sistem kewangan
Islam yang semakin berkembang perlu dibangunkan secara lebih komprehensif bagi
menampung permintaan pelanggan yang semakin bertambah serta menyaingi sistem
kewangan konvensional sedia ada.
Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin
Shah bertitah, walaupun Malaysia bermula baik dalam sistem kewangan Islam,
sektor tersebut masih perlu memperkemas instrumen kecairan pasaran kedua bagi
mewujudkan keadaan pasaran cekap dan penentuan harga yang tepat.
Selain itu, titah baginda, sektor
tersebut juga perlu menawarkan kemudahan tarikh matang hutang lebih panjang
untuk muncul sebagai alternatif berdaya maju berbanding sistem kewangan
konvensional.
"Lebih banyak usaha perlu
dilakukan untuk merangka dan mempromosikan instrumen kewangan yang berupaya
menguruskan risiko.
"Kerangka perundangan dan
pengawalseliaan perlu bertindak balas terhadap persekitaran yang sering
berubah-ubah," titah baginda ketika melancarkan buku An
Introduction to Islamic and Conventional Corporate Finance (Pengenalan
Kepada Kewangan Korporat Islam dan Konvensional) di sini hari ini.
Raja Dr. Nazrin yang juga Duta Kewangan
Pusat Kewangan Islam Antarabangsa (MIFC) bertitah, negara mempunyai kelebihan
dalam bidang kewangan Islam seperti rantaian nilai lengkap hasil usaha kerajaan
melabur dalam pemberian dana dan penyelidikan, pendidikan dan latihan serta
pembangunan produk dan promosi.
"Usaha promosi kewangan Islam
disifatkan sebagai kewajipan agama yang bukan sahaja menguntungkan ummah tetapi
berpotensi buat semua umat manusia," titahnya.
Dalam pada itu, buku terbitan Sweet
& Maxwell Asia tersebut ditulis secara bersama oleh tujuh penulis yang
merupakan peguam serta bekas peguam dari firma Zaid Ibrahim & Co, termasuk
Datuk Dr. Nik Norzrul Thani.
Kata Nik Norzrul, konsep penghasilan
buku berkenaan adalah bagi menyediakan gambaran asas mengenai amalan
perundangan korporat dan pelaburan kewangan, khususnya yang relevan di negara
ini.
© Utusan Melayu (M) Bhd
d
d
Disediakan oleh : Siti Fatimah
Alhamdulillah... Sistem Kewangan Islam telah membuka mata dunia.. Kelebihannya mula diintai dan dianalisis..
BalasPadam