MESTI BACA!!!
Sistem Urustadbir
Matawang Antarabangsa
Sistem Bretton Woods
Sistem Bretton Woods adalah sistem urustadbir matawang antarabangsa yang menetapkan peraturan-peraturan hal ehwal
kewangan dan komersil di antara negara-negara industri utama dunia pada
pertengahan abad ke-20. Dengan sistem ini setiap negara perlu mempunyai dasar
monetari bagi sistem pertukaran nilai mata wang yang ditetapkan yang ditambat
dengan nilai emas. Sistem ini adalah contoh pertama rundingan
aturan dan seliaan matawang yang bertujuan untuk mentadbir hal-ehwal kewangan
di antara negara-negara merdeka.
Di
bawah Sistem Bretton Woods, setiap negara hendaklah mewujudkan dasar kewangan
yang mengekalkan kadar pertukaran mata wang dalam nilai yang tetap-dengan
kelonggaran unjuran tidak melebihi 1 peratus negatif (-1%) atau positif (+1%)-
yang ditambat dengan nilai emas dan kemampuan IMF sebagai penyelesaian
sementara ketidakseimbangan bayaran. Dalam menghadapi peningkatan kekangan
kewangan, sistem ini runtuh pada tahun 1971, selepas Amerika Syarikat secara
bersendirian menamatkan kebolehtukaran dolar kepada emas. Tindakan
Amerika ini mewujudkan keadaan di mana dolar Amerika Syarikat menjadi
satu-satunya mata wang jaminan dan mata wang sandaran untuk negara-negara ahli.
Asal-usul
Sistem
Bretton Woods wujud berdasarkan kepada beberapa faktor politik utama:
pengalaman bersama yang dikongsi negara-negara dunia dalam Kemelesetan Besar, penumpuan kuasa
sebilangan kecil negara (yang diperkuatkan dengan pengecualian sejumlah negara
penting kerana perang), dan kewujudan kuasa dominan yang bersedia dan mampu
membawa peranan sebagai pemimpin dalam urusan kewangan global.
Dalam
persediaan membina semula sistem ekonomi antarabangsa ketika Perang Dunia II masih berlangsung dan memusnahkan peradaban dunia, 730 delegasi
dari semua 44 negara sekutu berkumpul di Hotel Mount Washington di Bretton Woods, New Hampshire, Amerika Syarikat, bagi menghadiri Persidangan Monetari dan
Kewangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Para delegasi menandatangani Perjanjian
Bretton Woods semasa tiga minggu pertama bulan Julai 1944.
Dalam
menyiapkan sistem peraturan, institusi, dan prosedur untuk mengawal selia
sistem kewangan antarabangsa, para delegasi di Bretton Woods menubuhkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Antarabangsa bagi
Pemulihan dan Pembangunan (IBRD), yang sekarang ini
merupakan sebahagian daripada Kumpulan Bank Dunia. Pertubuhan-pertubuhan ini mula beroperasi pada tahun 1945
selepas mempunyai negara ahli yang cukup untuk meratifikasi perjanjian.
Di
bawah Sistem Bretton Woods, setiap negara perlu mewujudkan satu dasar kewangan
yang mengekalkan kadar pertukaran matawang kertasnya yang ditambat kepada dolar
Amerika Syarikat. Dolar Amerika Syarikat pula nilainya ialah pada kadar 35
dolar bersamaan satu auns emas.
Arahan
Baru Dunia
Rekabentuk
sistem Bretton Woods memaksa negara-negara di dunia hanya boleh melaksanakan
penukaran emas kepada "matawang utama" iaitu dolar AS. Negara-negara
dunia boleh untuk tidak menukar dolar kepada emas, dan sebaliknya hanya
menyimpan dollar.
Secara
amalinya, bagaimanapun, oleh kerana "matawang rizab" utama ialah
dolar AS, ini bermakna matawang negara-negara lain ditambat kepada dolar AS,
dan akan membeli atau menjual dolar AS bagi memastikan pasaran tukaran matawang
tidak melebihi perbezaan satu peratus dari kadar yang ditetapkan.
Demikian
itu, dolar AS mengambilalih peranan yang dimainkan emas di bawah standard emas dalam sistem kewangan antarabangsa. Dengan terciptanya Bretton
Woods, dengan Amerika Syarikat menghasilkan separuh dari barangan perusahaan
dan separuh dari simpanan emas dan matawang, AS memainkan peranan sebagai
pemacu utama ekonomi dunia.
Sepanjang
1950an, Washington mengekalkan defisit pembayaran dalam usaha untuk membiayai
pinjaman, bantuan dan askar untuk rejim-rejim sekutu. Bagaimanapun, akibat
penglibatan Amerika dalam Perang Vietnam, negara itu mengeluarkan
jumlah wang kertas melebihi simpanan emasnya. Oleh itu, pada 15 Ogos 1971, Amerika
menceraikan tambatan dolar kepada emas.
Tindakan
menceraikan tambatan dolar kepada emas diambil oleh Presiden AS ketika itu, Richard Nixon bagi mengelakkan negara-negara yang menandatangani Perjanjian
Bretton Woods daripada menuntut jumlah emas yang setara dengan dolar Amerika
Syarikat yang berada dalam rizab mereka kerana jika itu berlaku, Amerika Syarikat
tidak akan dapat menunaikan janjinya dan berkemungkinan jatuh muflis.
Akibat
daripada tindakan ini, dolar Amerika Syarikat menjadi satu-satunya matawang
sandaran dan juga matawang rizab kepada negara-negara yang terlibat dalam
perjanjian tersebut.
2)INFO RINGKAS…(IMF)
TABUNG
KEWANGAN ANTARABANGSA (IMF)
Tabung Kewangan Antarabangsa (bahasa Inggeris: International Monetary Fund atau IMF) ialah organisasi antarabangsa
yang menyelia sistem kewangan dunia dengan mengikut polisi makroekonomi negara
anggota, terutama yang memberi kesan kepada kadar pertukaran asing dan imbangan pembayaran. IMF juga memberi bantuan
kewangan dan teknikal kepada negara anggota yang menjadikan organisasi ini
sebagai peminjam antarabangsa terakhir. IMF beribu pejabat di Washington, D.C., Amerika Syarikat.
3) TAHUKAH
ANDA???
PENGANTARABANGSAAN KEWANGAN ISLAM
Pembangunan sektor kewangan domestik pada masa hadapan dan pengukuhan dimensi antarabangsanya bukan sahaja akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara keseluruhannya bahkan akan memperkukuh hubungan ekonomidan kewangan Malaysia dengan ekonomi sedang pesat membangun dan pusat kewangan antarabangsa lain.
Dengan berlandaskan
pencapaian sepanjang tempoh Pelan Induk Sektor Kewangan 2001, Malaysia telah
berjaya membangunkan sistem kewangan Islam yang progresif dan komprehensif yang
menyumbang kepada keberkesanan dan kecekapan sektor kewangan Malaysia secara keseluruhannya.
Beberapa inisiatif
utama telah dilaksanakan untuk membangunkan infrastruktur kewangan, rangka
kerja pengawalseliaan dan struktur insentif yang perlu. Inisiatif tersebut
serta perlaksanaan liberalisasi persekitaran operasi secara berperingkat-peringkat
telah memperkukuh sistem kewangan Islam untuk menjadi lebih berdaya saing.
Pembangunan kewangan
Islam yang progresif pada tahun-tahun awalnya telah membawa kepada pelancaran
agenda nasional untuk menempatkan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam
antarabangsa (MIFC) pada tahun 2006. Kecenderungan masyarakat dunia terhadap kewangan
Islam juga semakin meningkat disebabkan kaitan rapatnya dengan aktiviti ekonomi
dan juga teras utamanya yang mencakupi
aspek keadilan,
ketelusan, perkongsian risiko, dan larangan berlebihlebihan dan spekulasi.
Agenda MIFC telah membuka peluang kepada Malaysia untuk memperluas perkhidmatan
kewangan Islam melangkaui pasaran domestik dan serantau. MIFC telah memberi
ruang kepada institusi kewangan untuk mengembangkan aktiviti kewangan Islam mereka
dengan memanfaatkan kewujudan sistem kewangan Islam yang komprehensif dan
persekitaran yang saling menyokong di Negara ini. Inisiatif yang diperkenalkan
meliputi lima bidang tumpuan, iaitu penerbitan dan urus niaga sukuk (bon
Islam), pengurusan dana dan kekayaan Islam, perniagaan perbankan Islam dan
takaful antarabangsa serta pembangunan modal insan.
Hasil daripada
pelbagai inisiatif yang dilaksanakan untuk membangunkan sistem kewangan Islam
di Malaysia, sumbangan sektor kewangan Islam kepada ekonomi Malaysia telah
meningkat dengan ketara sepanjang dekad ini. Nilai ditambah kewangan Islam
kepada keluaran dalam negeri kasar (KDNK) telah meningkat pada kadar purata
32% setahun dan
menyumbangkan sebanyak 2.1% kepada KDNK Malaysia pada tahun 2009, berbanding
hanya 0.3% pada tahun 2000.
Pertumbuhan ini turut
dizahirkan menerusi penjanaan peluang pekerjaan oleh sektor kewangan Islam
sebanyak 11% daripada jumlah guna tenaga sistem kewangan. Pada peringkat
global, Malaysia telah berkembang maju menjadi pusat kewangan Islam
antarabangsa. Malaysia berada pada kedudukan utama dalam pelbagai indeks global
berkaitan dengan kewangan Islam termasuk menjadi pasaran sukuk terbesar di
dunia dengan bahagian pasaran mencakupi sebanyak 65% (USD96 bilion pada tahun 2010)
dan merupakan antara destinasi pelaburan utama dana Islam.
Dalam sektor takaful
global, Malaysia merupakan pasaran takaful kedua terbesar
dengan menguasai
bahagian pasaran aset takaful global sebanyak 26% pada tahun 2009
(PricewaterhouseCoopers Gateway to Asia: Malaysia International Islamic Finance
Hub - 2010). Bagi tahun berakhir 2010, Malaysia mencatat aset takaful sebanyak
RM14.7 bilion. Penyertaan asing dalam industri perbankan dan takaful Islam
domestik serta pasaran modal Islam turut menunjukkan peningkatan.
Malaysia turut
memberi sokongan terhadap usaha antarabangsa untuk terus memperkasa landskap
kewangan Islam antarabangsa. Ini merangkumi pembangunan piawaian dan rangka
kerja pengawalseliaan antarabangsa melalui Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam
(Islamic Financial Services Board, IFSB), dan pembangunan tenaga mahir menerusi
penubuhan universiti global, iaitu Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa
(International Centre for Education in Islamic Finance, INCEIF).
Perkembangan mutakhir
yang penting dalam sistem kewangan Islam baru-baru ini ialah penubuhan
Perbadanan Pengurusan Likuiditi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan